Monday, 20 June 2011

Meh baca..

TIDAK FAHAM..
Kelas yang tadi bercempera tiada cikgu, kini menjadi senyap sunyi. Guru yang paling di geruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid : Selamat pagi cikgu
Cikgu : (menengking). Mengapa selamat pagi sahaja?! Petang dan malam tak doakan saya tak selamat?
Murid-murid :  Selamat pagi, petang dan malam cikgu.
Cikgu : Panjang sangat ! Tak pernah dibuat orang. Kata selamat
           sejahtera. Senang dan penuh bermakna. Lagipun
           ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan
Murid-murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk. Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu
            nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
            Bila cikgu nak uji kamu semua tentang perkatan berlawan
            dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu faham?
Murid-murid : Faham, cikgu!
Cikgu : saya tak mahu ada apa-apa gangguan
Murid-murid : (senyap)
Cikgu : Pandai !
Murid-murid : Bodoh !
Cikgu : Tinggi !
Murid-murid : Rendah !
Cikgu : Jauh !
Murid-murid : Dekat !
Cikgu : Salah !
Murid-murid : Betul !
Cikgu : Bodoh !
Murid-murid : Pandai !
Cikgu : Bukan !
Murid-murid : Ya !
Cikgu : Oh Tuhan !
Murid-murid : Oh hamba !
Cikgu : Dengar ini !
Murid-murid : Dengar itu !
Cikgu : Diam !
Murid-murid : Bising !
Cikgu : Mati aku !
Murid-murid : Hidup kami !
Cikgu : Rotan baru tau !
Murid-murid : Akar lama tak tau !
Cikgu : Malas aku ajar kamu !
Murid-murid : Rajin kami belajar cikgu !
Cikgu : Kamu gila !
Murid-murid : Kami siuman !
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu bodoh sangat!
Murid-murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan !
Murid-murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar !
Murid-murid : Cukup ajar !
Cikgu : Habis aku !
Murid-murid : Kekal kami !
Cikgu : O.K pelajaran sudah habis !
Murid-murid : K.O pelajaran belum bermula !
Cikgu : Sudah la tu !
Murid-murid : Belum la tu !
Cikgu : Berdiri !
Murid-murid : Duduk !
Cikgu : Jangan la macam ni !
Murid-murid : Boleh la macam tu !
Cikgu : Parah !
Murid-murid : Baik !
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini !
Murid-murid :Dilepaskan tengah malam tu !
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar )

       Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Bagaimanapun, mereka bangga kerana telah mendapat jawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti datang lagi.

21 comments:

Amira Chan said...

HAHA, sumpah lawak!

syufaa said...

hahaha..pening bce!
anak murid trlebih pndai nihhh!

syira slyfix (: said...

conform esok cikgu tu tak tanya dah kan ?
(:

Cik Ezy said...

muahaha..
bengang giler cikgu tu..

nurul nadia nasir said...

hihi lawak lahh.dah penah bce nehh ngee

♥cmª shIemª♥ said...

hehe...kalaka je..
layan~~

amnie azmira said...

amira chan : agakk lar..bhaha

syufaa: murid terlebih pandai pon ssah kan

syira slyfix: rase nak tengking lagi tuh..

Cik ezy: Klu jdi ckgu tu mmg bengang
abihh..kui3

Nurul nadia: penah bce ekk..kt mne yer ^_^

cm shlem : layannn punya..^_^

syieda said...

entah2 cikgu tu MC esoknya..hikhik..^_^ terbaek!!

Bui Idzra Ryn said...

hahaha..lawak tol lah student cikgu tuh..hihi

Dayana AZ said...

hahaha seyes lawak! :P ksian cikgu tu :P tula suruh lg ..

nurfatiha blacky said...

aduii. xpasal2 cikgu kenaa.hahaha

syarifahsidrus said...

haha, cikgu pun boleh kena main..

dulu masa sekolah rendah ada cikgu yang gila2 tegas, memang kelas sunyi sepi masa dia,tapi cikgu tu memang terbaiklah! sampai sekarang ilmu dia ajar tu berguna

Haruuta Chan said...

Tak kering gusi bila baca XD

miss A said...

hahahahhahahaha.. x leh tahan .. akhirnya ketawa ku pecah jua hahaha... sakit perut bace hahahaha gelak ketawa hahahah.. dah dicop org sewel dah nie ahhaha gelak je bace hahaha.. ape2 pon terbaik haha

Shawn Razaleigh said...

penatnya nak melayan kalau mcm ni.hehehe


follow mine. dah follow u
http://shawnrazaleigh.blogspot.com/

sha my heart said...

pernah baca kat mana ntah.. hahaha~ bahaya main perkataan lawan ni.. nnti anak murid lawan mcm ni la. bengang cikgu tu. Wahaha~

Jer ... said...

hahaha . penat cikgu tu bertekak :)

amnie azmira said...

syieda : agakknya larr..dah tu nnti xnak masok dah kot..

bui : student yg lawak + tak paham bahasa..kui3

Dayana : lawak terburai-burai..

fatiha : tula..nk ajar..tp jadi benda len plak dah..

syarifah : tegas kat luar dalam hati ade taman..hihi

Haruuta chan : hihi..

Miss A : sila gelakk puas2 yerr

Shawn : memang penat nak layan student terlebih pandai..

Jer : tula..last2 dia yg kalah jgak..kui3

dyla ^_^ said...

cter ni memg lawak!

emieysandra said...

lawak tol cikgu ni.nk p'ktaan berlawan sgt.huhu.

asfz lily said...

hahahaha...smgt asfz baca taw..lawak gilerr :)

Latest Entry: Bermain dengan tahi lalat