Tuesday 28 June 2011

Ohh Matematik..!!


Matematik ...Yang kami minati
Aku masih memahami
Konsep itu..konsep ini

Cilgu tulis banyak formula
Aku pun angguk-angguk
Tersengguk-sengguk
Bukan faham tapi mengantuk
Cikgu ajar macam peluru
Alasannnya nak habiskan sukatan
Lepas tu terus buat uijan
Kami jawab terkial-kial

Formula ditulis dipapan putih
Supaya senang kami nak faham
Tapi aku asyik tengok jam
Alamak! Masa masih lagi panjang
Cikgu ajar macam kereta api
Bila dah mula tak mahu berhenti
Bengang otakku menjadi-jadi

Bila aku toleh kanan dan kiri
Ada geng di buai mimpi
Apa dah jadi, apa dah jadi
Faham tak faham aku tak rugi

Cikgu ajar makin laju
Gopoh gapah terburu-buru
Otakku dah naik beku
Sampai jadi haru-biru

Mulut cikgu berbuih-buih
Sampai seluruh badan naik letih
Muka pun naik sedih
Kepala mula berpusing-pusing macam gasing

Cikgu ajar macam motorbot
Kadangkala macam robot
Walaupun suaranya lembut
Telingaku hampir nak tercabut

Cikgu..cakap, cakap, cakapp!
Aku..menguap, menguap!

Namun begitu........
Akanku cuba lakukan sesuatu
Akanku ubah keadaanku
Daripada melayu beku
Kepada melayu baru
Itulah cita-citaku
Maju..bangsaku terus maju











Nota : memang tak minat matematik sejak belajar kat matrik
          nihh..tapi bagi orang lain matematik is de best subject..
          akanku cuba minat sampai tergila-gila..huhhuuhu

Monday 27 June 2011

24434..

Tanpa tiang, rumahku roboh,
Tanpa solat,
Duniaku hancur!

 Subuh,
Tertinggal? Kenapa?
Tertidur atau
Terdengar bisikan syaitan
Mata yang celik
Dipejam kembali.

Zohor,
Baru balik kuliah,
Penatlah..
Itulah, inilah,
Macam-macam ada,

Asar,
Banyak kerja nak buat,
Nanti tak sempat,
Kejap lagilah solat,
Lepas bola di rembat..

Maghrib,
Kejaplah, awal lagi
Nak tengok tv dulu,
Macam-macam alasan diberikan.

Isyak,
Mengantuklah pulak,
Esok kena bangun awal,
So,
Kira halal la..

Insaflah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Amalan yang kita lakukan didunia inilah bekalan kita di akhirat kelak..bukan lagi harta benda dan wang yang diagung-agungkan di dunia..

Nota : Peringatan untuk saya dan anda semua...peace.. ^_^

Wednesday 22 June 2011

Ayah Anak vs Cikgu Murid-Murid

Jika sudah membaca babak yang lepas..si ayah yang berjumpa dengan rakannya sebenarnya adalah cikgu garang yang mengajar murid-murid yang bijak pandai itu..kesinambungannya scene...

Cikgu : (senyap tak mampu berkata-kata)
Ayah : Apacam..awat ang diam ja nie..
Cikgu : (layan jela).."De bat" (the hebat) tol la kau nih..
Ayah : Bila masa aku berdebat dengan kau..ak cuma cakap orang
          putih ja..
Cikgu : ( aikk.. aku pulak yang kena)..Ermm."de best" la kau nie..
Ayah : Hihi.."De ter De ma De ka De cik.." ( terima kasih..cikgu)
Cikgu : Huh..termerdeka??..wey..ang taw dak negara kita bukan
            termerdeka sendiri..sebab tokoh-tokoh perjuangan
            negara kita la kita merdeka tau..
Ayah : Ehhh..aku tahulah..takkan ang baru taw kot..ish3
Cikgu : 0kehh2..apa-apa jala (malas da nak layan)

Setelah agak lama mereka berbual..si ayah sebenarnya ingin memohon pertolongan beliau supaya memberi pekerjaan kepada anaknya yang telah tamat pengajian itu sebagai guru sementara sementelah mendapat pekerjaan tetap..dan cikgu garang itu sedia membantu memandangkan si ayah telah banyak membantu beliau suatu ketika dahulu..Pada kemudian hari, Si Anak pun diterima bekerja di sekolah dan diberi tugas mengajar kelas murid-murid. Tiba di kelas murid-murid, Si Anak pon memperkenalkan dirinya dan meminta mereka juga memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

 
        Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti, saya ingin jadi juruterbang. Jadi
bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya.

       Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?" tanya Si Anak.

       Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi, berdiri dan berkata "nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel.

      "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?"

       Seman berdiri dan berkata " saya Seman Bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya"..!!

Tuesday 21 June 2011

Mudahnya Bahasa Inggeris..

Seorang anak baru sahaja tamat pengajiannya di luar negara. Setelah pulang ke Malaysia, ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa Inggeris walaupun dia sendiri tidak tahu berbahasa Inggeris. Dia pun mula bertanya kepada anaknya.

Ayah : "Buku dalam BI apa?"
Anak :  " De buk " (the book)
Ayah : " Pena dalam BI apa?"
Anak : " De pen " (the pen)

Lantas ayahnya berfikir bahawa BI adalah senang. Setiap benda dalam BM bila terjemah ke BI mesti ade 'De' dan perkataan berikutnya dipendekkan. Keesokan harinya, ayahnya bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.


Ayah : "Aku dah boleh cakap orang putih la".
Rakan : "Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing besar  makan rumput' dalam bahasa orang putih.
Ayah : "De kam De Be De Mak De Rum"
Rakan : (senyap tak mampu berkata-kata)


Nota : Bestnya kalau bahasa Inggeris macam nih...kih3

Monday 20 June 2011

Meh baca..

TIDAK FAHAM..
Kelas yang tadi bercempera tiada cikgu, kini menjadi senyap sunyi. Guru yang paling di geruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid : Selamat pagi cikgu
Cikgu : (menengking). Mengapa selamat pagi sahaja?! Petang dan malam tak doakan saya tak selamat?
Murid-murid :  Selamat pagi, petang dan malam cikgu.
Cikgu : Panjang sangat ! Tak pernah dibuat orang. Kata selamat
           sejahtera. Senang dan penuh bermakna. Lagipun
           ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan
Murid-murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk. Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu
            nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
            Bila cikgu nak uji kamu semua tentang perkatan berlawan
            dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu faham?
Murid-murid : Faham, cikgu!
Cikgu : saya tak mahu ada apa-apa gangguan
Murid-murid : (senyap)
Cikgu : Pandai !
Murid-murid : Bodoh !
Cikgu : Tinggi !
Murid-murid : Rendah !
Cikgu : Jauh !
Murid-murid : Dekat !
Cikgu : Salah !
Murid-murid : Betul !
Cikgu : Bodoh !
Murid-murid : Pandai !
Cikgu : Bukan !
Murid-murid : Ya !
Cikgu : Oh Tuhan !
Murid-murid : Oh hamba !
Cikgu : Dengar ini !
Murid-murid : Dengar itu !
Cikgu : Diam !
Murid-murid : Bising !
Cikgu : Mati aku !
Murid-murid : Hidup kami !
Cikgu : Rotan baru tau !
Murid-murid : Akar lama tak tau !
Cikgu : Malas aku ajar kamu !
Murid-murid : Rajin kami belajar cikgu !
Cikgu : Kamu gila !
Murid-murid : Kami siuman !
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu bodoh sangat!
Murid-murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan !
Murid-murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar !
Murid-murid : Cukup ajar !
Cikgu : Habis aku !
Murid-murid : Kekal kami !
Cikgu : O.K pelajaran sudah habis !
Murid-murid : K.O pelajaran belum bermula !
Cikgu : Sudah la tu !
Murid-murid : Belum la tu !
Cikgu : Berdiri !
Murid-murid : Duduk !
Cikgu : Jangan la macam ni !
Murid-murid : Boleh la macam tu !
Cikgu : Parah !
Murid-murid : Baik !
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini !
Murid-murid :Dilepaskan tengah malam tu !
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar )

       Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Bagaimanapun, mereka bangga kerana telah mendapat jawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti datang lagi.

Saturday 18 June 2011

Daddy bapa papa ayah abah..mne satu??

Hai..hai..hai..oppps..assalamualaikum pembuka bicara...esok hari bapa kan...hrmm kalau la tak disebabkan terjah blog orang lain..mana la den nak taw...xpasti sebab takda tarikh tetap kan..maaf kalau den silap..msti kena wish nie kat my dad..segan nak wish face-to-face ekceli..but yang tu lain kira...ayah tetap ayah bukan orang lain kan..ehhh i panggil ayah saya ayah..anda paham..hihi...dalam fon save daddy..okehh la tuh..korang?? Cakap pasal ayah nie..my ayah is the best la..xda ayah sapalah kita..xda mak xdalah kita kat dunia ni...kalau nak cita segala pengorbanan ayah memang tak terkata..terima kasih ayah..jasamu akanku balas..love him very very much..nobody can replace him..

                         apacam..gantang tak ayah i

         zoom dekat sikit....encemnya..ayah sapa la nie..hehe

my dad with my mum..sweet couple tak..nak tahu my mum sorang penyanyi terkenal dahulu...hihi tipu aje..i  said that bec0z...my mum names Saloma..


                                   Mokhtar bin Awang
                       gambar terkini ayah i..still hensemm..
                            
Kesimpulannya...hargailah ibubapa kita sementara mereka masih hidup di dalam dunia ini..selalu saya ingatkan pada diri saya juga supaya menjadi anak yang berguna dan sentiasa dahulukan mereka jika berlaku sesuatu ape pon..okehhh..sekian saje..tata

nota:  Lama tak snap photo dengan ayah and mak...kena lakukan
         sesuatu nihh..kih3

Thursday 16 June 2011

~Thanx Iza

Salam 1 blogger...pagi2 buka blog terus nampak nih..tuan blognya nama Iza
 Thank u very much Iza...sebab awak saya dapat dinobatkan lagi jadi follower ke 100..meh saya combine yang pertama punya
                 Dua-dua award sama cantik and lawa..love it
Lastly but not least..kena introduce gak tuan blog kepada 100th follower yang kedua ini..
                             http://izaliza.blogspot.com/             
Takpekan iza kalau i letak gambar awak kat blog i nihh...
Silalah melawat blog beliau and menambahkan lagi followernya okehh..really appreciate it thank you again..

I love blogwalking..weee!!

Salam kawan-kawan dan para sahabat...harini jari-jemari terasa nak update blog plak..selalunya bergantung pada mood lar..sebab..sebabnya...i suke singgah-menyinggah  blog yang i follow dari update blog..hahaha...tapi kalau ade cita nak diceritakan memang i update punyalahh..kalau start je buka blog nie..mulalah operasi terjah orang..kih3..banyak benda baru i tau dan inf0 yang dapat dikongsi bersama..ada isu semasa..personal life..aktiviti harian..luv it..korang teruskan update blog ye..jangan lupa panggil i lawat blog korang...dan jangan lupa lawat tuan blog disini jugak ye..hihi.. love ketat-ketat my followers ..muaaahhaahaa..Adios!!

Wednesday 15 June 2011

News..!!

Salam..update lagi tuk kali kedua..selalunya sehari sekali je i update tapi tadi dapat cita baru..agak terkejut lar tapi takde kena mengena dengan i pon..sebelom nie i cita kan pc abang rosak dan bawak pi repair dah ok pon..but..but..pagi tadi abang buka pc dia and gelap je..timbul tulisan ayat2 tuh..i wat taktau je time tu..sebab  males da nak sentuh pc dia sejak tempoh pc dia rosak aritu....tengahari tadi ayah tolong bawak gi kedai..okehh ingatkan nanti pulih la seperti besa pc dia tapi dapat kol dari ayah tadi suh panggil abang tapi abang i da kuar rumah..contact dia tak dapat..s0 ayah gitaw la kat i mengatakan pc dia dah mati wat selama-lamanya..g0ne!!
Terperanjat gakla i..tambah la tuan komputer plak..hari2 dia buka pc dia...dah takde sekarang nie dia nak buat ape..adeiii..tumpang sedih gak sebab pc dia memang best..puas tengok cita sebab besar.. taktau perasaan abang ketika ini sebabnya i tahu dulu dari dia..lantas i cari name online chat kat facebook..ohh dia ade..da agak dia g cyber cafe..lantas i bagitau dia..dia reply sekali je pastu terus log out facebook..
Entah dia pegi mane la sekarang..sedih tak korang kalau hilang terus sesuatu tu..pc tu dia plak yang beli..
Nasib la netbook i nie masok virus je..kalau rosak taktau lar..sedih kot..i sayang sungguh netbook nie..kecik lagi comey tuu..hihi..END

Tuesday 14 June 2011

Virus attackk...grrrrrr!!

    Salam...mak cik pak cik kak long abang long kak cik,..abang kakak..adik2 sekalian..rasa macam lama plak  tinggai blog padahal last buka aritu hari jumaat lepas..tapi rase macam berbulan-bulan tak buka..adoii..ni sebab virus arr...tak berani langsung nak buka netbook i nie...sebelum nie pc abang i rosak..abih kami yang adik-adiknya terok kena marah..maklumlah masa jadi tu kebetulan dia takda kat rumah selama beberapa hari..memang kena sebijik kat kami lar..naik geram pon ade sebab i juga dipersalahkan..memang la i guna pc dia sebagai pertukaran sebab dia amik notebook i..pas rosak tu nasib baik kawan dia sendiri boleh perbaikkan..seminggu gakla amik repairnya..sementara pc dia ngah repair tu dia curi2 minta gakla juga notebook i...kasi la nanti tak bagi marah plak...adik2 yang len suma sekolah..kami dua beradik je goyang kaki kat rumah sebab si abang bru tamat pengajian degree..i plak bru abih belajar matrik..
     Oke..sambung balek..elok dia punya pc dah elok..tiba-tiba notebook i plak yang cramp..aahhh sudah..tiba-tiba je timbul macam2..time tu plak baru ade niat nak update blog..haissshh kacau betol..bagi sat abang tengok..ermmm virus menyerang...cuak da muka i...virus tu datang dari internet bukan notebook i ok..malam sebelomnya tu abang i yang guna...pagi tu i check ade benda yang didownload..s0 sapa yang salah sebenarnya..tapi i tak boleh salahkan sesiapa sebab notebook i takda antivirus da berbulan dulu..nak bagitau ayah plak stu lagi hal..memang i tak suke nak bagitau problem nie kat ayah..takoottt...hihi..tapi kena beranikan diri gak kalau nak notebook ni sihat balik..setelah selesai bagitaw ayah..muka ayah berubah sikit tapi sat ja and ayah cakap nanti hari selasa la antar gi kedai buang virus..selasa awal pagi tu ayah da ketuk bilik i isyarat bagi notebook tu..kol 10 pagi camtu ayah tepon bagitaw kena format blek tpi masa tu i ingatkan lagi barang2 penting i tak hilang..ok pastu kol 3 petang ayah kol lagi cakap notebook tu bersih..licin..satu kesan pon takda..maknanya the most precious thing i dok jaga selama ni hilang...HWAAA...HWAAA..sedey gila time tu..nak meleleh air mata nie..
        Petang tu gak ayah bagi notebook..belek habis suma..memang kosong..takda pa..i tak kisah movie ke drama ke..video ke hilang..yang tu suma boleh cari nanti..but..but..my pictures with my friends dulu2 mane nak cari..nak cari kat kawan2..bilanya nak jumpa lepa..masing2 hal sendiri sekarang nie..kat facebook ade la tapi sikit...hwwaaaa i punya lagi banyak laa...tula perkara yang i xbole terima sekali sebab i suke collect gambar tuk renungan masa depan tapi sekarang dah takda hancur berkecai..hwaaa
        Pengajaran buat i supaya berjaga-jaga sebelum ape ape terjadi...sume ni salah i sendiri...kalau korang msti la save kat mane2 pendrive dlu kan..i pendrive pon takda..ayah ada tapi takda perasaan nak minta tolong bubuh pon..tak salahkan sesiapa pon termasuk my br0...my br0 is kind n funny pers0n..sometimes je kami akan gadoh..hihi..adat la tu adik beradik..i celik awal pagi2 nie pon dok teringat kat koleksi photo tuh...gone forever...sayonara!!

Friday 3 June 2011

Dua bulan Suda...!!

        Assalamualaikum...waduh2..rindu seh sama blog...and juga sama follower...2 hari nie xdapat nak buka blog sebab line tenet xbpe bagos.. akhirnya hari nie dapat gak buka...yeppie!! Bukak2 follower pon angka 222..adei..banyak sungguh no.2 dalam hidup i....actually blog nie dibina 2 april n patut update 2 june tapi dah terlepas plak...so msok entry hari ini plak... 2 bulan and 1 hari la blog ini nampaknya...kui3
       Ape yang special lagi n0.2 nie.. iaitu my birthdate...yang jatuh pada 2 mei....sebulan selepas blog nie hidup...n n0 tu berterusan sepanjang kehidupan i di matrikulasi dulu..sebabnya..oke first of all i dok matrik 2 tahun..s0 first year i ditempatkan kelas yang diberi nama Dh2p2 (D merujuk kepada dua)...n second year lagi bila dirombak n bertukar ganti student pon dapat kelas h2p2...( xde D daa)...pastu 1st year dok blok asrama B2 and second year blok A2..adeii... Rasanya n0.2 kena jadi no favoret i..kui3
Satu lagi kebenaran blog ini terbina bukanlah i yang tubuhkan..s0 sapa..j0m ikuti perbualan ini....

AA:   Ko tahu tak ko da berusia 2 bulan and 1 hari untuk hari nie
Blog : Saya tahu tuan..terima kasih kerana mencipta saya
AA:   Tulah nak bagitaw nie..ekceli aku tak create ko lah
Blog:  Iye ke tuan...pastu sapa??
AA:   My lovely friend...Shanas namenya..alahhh si pemilik blog hey gurl tu..
         xkan xkenai..
Blog:  Ermm..macam tu ka..tolong ucapkan terima
        kasih kat dia na...n terima kasih jgak pada tuan
        sebab saya tahu tuan yang decorate saya...
AA:  Yang tu sudah semestinya..tapi macam ko tengok
        kan aku decorate ko simple je sebabnya aku tak
        sesempoi macam tuan blog yang lain..kreatif ja..
        ko jangan jeles taw...
        pastu tak nak la bagi ko macam2 nanti berat
        susahkan tuan blog yang lain plak nak menjenguk ko...
Blog: xde lah..saya mengerti kok... tuan blog lain datang melawat
        sini dah cukup saya bersyukur tuan..
AA:  Wahhh..bagos2...dengar kata sungguh k0 nie..
Blog: Hehe..tengoklah sapa tuan kita...
AA:  Pandai sungguh ko bermanis madah dengan aku iye..
Blog : ^_^
AA:  Oke la...i try my best t0 take care 0f u...supaya ko ni tak xberpenyakit
       (malware)
Blog: Thank you very much..my l0rd..
AA:  >_<

Warnng: Perbualan diatas hanya rekaan saya semata-mata tak ade kena
             mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal
              dunia...okeyh2

                                   S for Shanas Ahaks

Last but not least..saya nak ucapkan terima kasih pada kawan saya..
Shanas Ahaks...cause create this blog for me..
and dia jugak la yang introduce kat i dunia blog nie..
dan kepada follower yang sudi jadi follower saya...
anda amat dihormati dan disayangi oleh saya..    

Untuk mengenali si dia..pemilik blog hey gurl silalah ramai2 mengunjungi blog beliau http://www.shanasituaku.blogspot.com/         

Moral value: Appreciate what people do to you..

p/s: Saya memilih 200th follower sebagai tanda penghargaan..nantikan next entry ya...