Sunday 31 July 2011

Mutiara Kata..

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima 
dan meminta nasihat
-Umar Al-Khattab-

************
Sesungguhnya kesederhanaan yang lebih utama ialah 
ketika kaya dan kemaafan
 yang lebih utama ialah ketika berkuasa
-Umar Bin Abdul Aziz-

******************
Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu 
keputusan atau tindakan sampai
 bila-bila pun tidak akan menjadi orang yang berani
-Saiyidina Ali Bin Abi Talib-

***********
Sebutir permata tidak akan berkilat tanpa digosok,
begitu juga dengan seorang manusia yang tidak akan sempurna 
tiada ujian kehidupan.
-Peribahasa Cina-

*****************
Pujian asas terhadap seseorang itu adalah terletak pada 
keupayaannya untuk menerima
 kekalahan teruk dengan air muka yang manis seperti
menerima kemenangan cemerlang dahulu.
-Tunku Abdul Rahman Putra-

************
Pelajaran ialah suatu pelaburan modal yang amat mustahak 
untuk membina sesuatu masyarakat dan
  kemudahan pelajaran menjadi jaminan untuk ke arah
perubahan pemikiran, bentuk dan
 masyarakat kita, sama ada di kampung mahupun di bandar
-Tunku Abduk Razak-

******************
Apabila kita tidak sabar dengan apa yang kita sukai,
maka bagaimana kita akan sabar
atas apa yang kita tidak sukai?
-Abu Sulaiman Ad-Darani-


P/s : Kepada anda, anda dan anda..
         Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan
         ini...(^^,)

Thursday 28 July 2011

Pelupa..

     Seorang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal, akhirnya pergi menemui doktor. Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat sahaja ,mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mengingati semua perkataan.
    Suatu malam kedua atuk dan nenek sedang nenonton tv. Tiba-tiba si atuk berdiri. Nenek pun bertanya " Mahu ke mana ?". Lalu atuk pun memberitahu dia hendak ke dapur mengambil air. Lantas nenek memesan mengambil 'AISKRIM VANILLA'. Oleh kerana keduanya pelupa, maka nenek menyarankan atuk menulis apa yang nenek pesan. "Ah tak perlu...aku ingat...Aiskrim Vanilla, kan ?". "Kalau begitu tambahkan strawberi dan krimnya", balas nenek. Tapi nenek tetap mahu atuk menulis pesanannya, bimbang atuk lupa katanya. Atuk lantas menjawab, "jangan bimbang aku masih ingat, Aiskrim Vanilla, strawberi dan krimnya, bukan? " Dua puluh minit kemudian atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus. Nenek dengan wajah terkejut berkata, " tengok kan aku dah kata, abang mesti lupa pesanan aku........sepatutnya ditulis dahulu". Atuk dengan muka yang tak  bersalah berkata," Iya ke...? Salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi ?" ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERI !!

Nota : Parah hidup kalo sesama lupa.. adakah anda juga pelupa..?

p/s : Nak jumpa doktor lar petang nihh..

Wednesday 27 July 2011

Seribu Rahsia Tubuh Kita..

  • Otak manusia mempunyai lebih kurang 100 billion sel saraf. Saraf berdenyut dari otak ke otak selaju 274 km/j
  • Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara
  • Secara purata, kelajuan batuk yang keluar dari mulut anda ialah 96 km/j
  • Bergantung kepada saiz, otot yang paling kuat ditubuh manusia ialah lidah
  • Apabila anda bersin, seluruh badan anda akan terhenti termasuk jantung
  • Bayi lahir tanpa tempurung lutut sehinggalah mereka berusia diantara hingga enam tahun
  • Orang yang berambut perang mempunyai lebih banyak rambut daripada mereka yang berambut hitam
  • Individu yang buta sebelah mata hanya hilang 1/5 penglihatan mereka tetepi hilang langsung deria menganggar jarak
  • Purata setiap tahun manusia mengerlip mata sebanyak 6205000 kali
  • Jika diukur panjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang manusia, puratanya mencapai sehingga 30 meter
  • Tengkorak manusia terdiri daripada 29 jenis tulang
  • Setelah meninggal dunia, tubuh manusia akan menjadi kecut dan mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku menjadi panjang
  • Rambut dan kuku adalah dari satu bahan yang sama
  • Seseorang manusia boleh menyedut sehingga empat liter udara, tetapi hanya lima peratus sahaja akan digunakan
  • Luas kulit manusia adalah 6.5 kaki persegi
  • 15 billion sel darah manusia adalah air
  • 80 peratus tubuh manusia adalah air
  • Tulang paha manusia lebih kuat berbanding konkrit
  • Manusia dilahirkan dengan 300 tulang dan apabila meningkat dewasa, tulang tersebut berkurang menjadi 206 sahaja
  • Jika dicampur. panjang urat dalam badan seseorang manusia adalah sepanjang 72 kilometer
  • Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sehingga 30 kali
  • Dalam sehari manusia akan bernafas sebanyak 23040 kali
  • Cecair di dalam kepala boleh digunakan untuk mrngantikan plasma darah
  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematah-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan letupan buih dalam sendi itu
  • Perut akan menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantumkan ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi
  • Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  • Setiap 1 sentimeter persegi kulit manusia didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah
  • Otak merupakan sel yang paling lama hidup di dalam tubuh manusia iaitu sepanjang hayat manusia
  • Tulang terkecil di dalam badan manusia adalah stapes dan stirrup yang terletak di antara telinga. Ia berukuran kira-kira 0.28 sentimeter panjang

Tuesday 26 July 2011

Semalam..

      Assalamualaikum..meng'updatekan blog hari ini..semalam mengeluarkan diri dari umah untuk menguruskan persediaan nak masuk u..ke hulu hilir pegi..siyes paling xbest wat benda2 camni... 1st pegi hospital for medical checkup..then buka akaun bank..tang nak buka akaun ni leceh sikit sebab cap jari saya dah terhapus s0 susah nak detect..senang nak wat jenayah pasni..hahaha..
     Bila dah jadi camtu..kena patah blek amik surat beranak ngan surat tawaran..hisshh..cap jari menjadi  masalah utama saya plak ketika ini...*kesemua jari saya xda cap jari* yang bestnya kan bila saya kena isi nama penuh kat tiga kertas yang berlainan..saya diarahkan tulis kembali pada kertas baru sebabnya adalah:
..1st...Amni Azmira Mokhtar
Pak cik : Mane bt cik kak??
..2nd..Amni Azmira Bt. Mokhtar
Pak cik : Bt kena tulis penuh
..3rd..Amni Azmira Binti Mokhtar
selesai..kena la juga ceramah sikit..tapi pak cik tu sporting... xbengang dengan ketidak pahaman bahasa saya ini..heran hal camtu pon dititikberatkan *memang perlu dititikberatkan*

     Hal itu membuatkan saya tersenyum bila mengingatkan kembali..kekadang nak jumpa orang yang melayan karenah kita dengan baik agak susah sikit sekarang ...pada pandangan saya lah..

Nota kaki : ade sesiapa ade masalah ini..nak pegi kat doktor pon
                 xguna..terima seadanya je lah..heheh  

Sunday 24 July 2011

Bila blogwalking tadi..

       Assalamualaikum..psstt..halo0..aduhai nape saya males nk update blog haa..nape saya suke bw je haa..hari2 bila buka blog je mesti jalan2 cari makan ke blog orang..siyes doe taktau nape..ade orang cenggini x..dan fakta lagi satu saya tak penah update status di facebo0k..kenyataan nih..i believe ade jgak orang cenggini selaen sya kan..sebenarnya amni nih ketandusan idea nk tulis hape..cakap jela gitu.. hoho..anyway dok sibuk menterjah blog orang..jumpa satu blog yang mengingatkan kisah lampau melampau saya..more to sweet memories ekceli when study at matrik penang..
      Tak penah terpikir nak masok matrik pon..tapi dah gitu rezeki saya..terima jelah..mase belajar kat matrik dulu otak kanan ini sangat terseksa..*tuan ni kidal*....hari2 benda baru msok ke otak..tetapi saya laluinya dengan penuh tabah..haha..plus saya ni penuntut program 2 taun..so lebih lame saya berada di matrik berbanding orang yg dok setaun jew..dan banyaklah lagi kenangan terindah dapat dikutip bersama rakan-rakan di matrik dan tak akan dilupakan sampai bila-bila..
     Dulu memang xsabar nak abis matrik and nak cepat2 berambus dari tempat tu..*tuan ni hampir nak sakit jiwa*..tapi xsuke2 saya pon tempat tu la dirindui sangat2 ketika ini... i close with my ro0mate...dapatkah nak reunion blek..ntah lar..masa yg menentukan..banyak nak cecita nih tapi panjang meleret lak nnti..kang tak terbaca plak kan..nah sekeping dua tiga empat photo untuk santapan..hee

                 rakan-rakan dari practicum DH2P2  *1st year


               tempat ni paling orang suka nak lepak petang2..

                    gambar practicum H2P2  *2nd year

Jamuan hari raye di matrik taun lepas..paling like photo nihh

Nota kaki : terima kasih kepada para bloggers yg sudi jenguk blog
                 & pengomen entry sbelum ini meskipon tuan ni tak
                 update..tuan nih kena ade mo0d sikit baru
                 nak menaip..agak ngada-ngada..hee

#Kisah ro0mate insyaallah nak cita gak..tengoklah nanti..             
  Toodle..^^               


Friday 15 July 2011

Aucakkk!!

Salam semua..da lama tak buka blog nih..khusyuk sangat tengok maaduu.com..sampei kena sound ngan ayah semalam..adushh..tu la amni kan dah kena..ekceli nak inform tu uols..harini berakhir satu penantian...iaitu tawaran kemasukan ke IPTA..i dapat Universi Malaysia Terengganu(UMT) kos sains gunaan..alhamdulillah..syukur sangat-sangat walaupon bukan pilihan utama sebenarnya..UMT here i come!!

Tuesday 5 July 2011

Tengok Transformers..

     Assalamualaikum kalian..saya ingin memberitahu pada hari ahad yang lepas, saya telah keluar rumah bersama-sama dengan adik-adik saya..huhuhu..skema tak ayat..janji korang paham la kan..xmo tulis panjang-panjang juz nk habaq saya bersama adik-adik gi tengok wayang..tak decide pon nak tengok ape sebenarnya tapi dalam fikiran nak tengok green lantern sebab tengok macam best ja tapi dah habis tayang la plak..tinggai transformers ja..transformers pon transformers la..layannn...s0 bila nak bayar tiket mak aiii mahainya..xpenah lagi bayar tiket lebih dari rm10 ringgit..buat-buat tak terkejut and dengan confident level yang tinggi hulur jela duit sebab nak tengok transformers 3D punya pasal..lagipon memang first time tengok wayang yang ade 3D ni..jakun sungguh..orang lain dah berjuta kali...pastu bila nak masok pintu wayang tu mesti ade orang yang jaga kat situ and pastu tunjuk tiket tu..tapi name pon first time..selamba nak masok terus ke pintu tu lepas tu..tak tau ke orang tu nak bagi ko spek mata..adeii..msti laki tu kata "ermm xpenah ka tengok 3D"..Serius memang best sebab banyak aksi-aksi hebat..dengan 3D lagi..tak rugi la bayar banyak tu..macam nak tengok sekali lagi pon ade..ade sape-sape nak ajak saya lagi tak?? Ehehehe..




Nota : Tengok cita tu terbayang tentang kehancuran bumi pada
          hari kiamat suatu hari nanti.. mengingatkan diri ini
          bahawa dunia bukan segala-galanya

Friday 1 July 2011

Bayangkanlah Benda Ini Berlaku Pada Anda...

    Suatu hari pada masa sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..tidak nampak apa cuma dua biji mata dam membawa mesin gan..lalu salah seorang lelaki bertempik...

"Sesiapa yang samggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!"

   Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri...Daripada jumlah yang 1000 tadi hanya lebih kurrang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam sambil berkata,
   "Ok Pak Imam,saya sudah halau semua hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki berpaling dan meninggalkan jemaah...
Bagaimana....Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur..fikirkanlah..
Cuba anda bayangkan daripada 1000 orang yang mengaku islam hanya 20 orang betul-betul beriman..
Bayangkanlah, berapa banyak yang mudah melupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..kedua lelaki hanya pegang mesin gan..dia tidak kata pun hendak bunuh..tapi generasi sekarang amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa belum sembahyang jumaat lagi..

    Hakikatnya, ramai orang percaya gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatat dalam Al-Quran..
    Hakikatnya, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi doa pada ALLAH alahai tak cukup masa..

Nota : Kita renung sejenak bersama..