Tuesday, 28 June 2011

Ohh Matematik..!!


Matematik ...Yang kami minati
Aku masih memahami
Konsep itu..konsep ini

Cilgu tulis banyak formula
Aku pun angguk-angguk
Tersengguk-sengguk
Bukan faham tapi mengantuk
Cikgu ajar macam peluru
Alasannnya nak habiskan sukatan
Lepas tu terus buat uijan
Kami jawab terkial-kial

Formula ditulis dipapan putih
Supaya senang kami nak faham
Tapi aku asyik tengok jam
Alamak! Masa masih lagi panjang
Cikgu ajar macam kereta api
Bila dah mula tak mahu berhenti
Bengang otakku menjadi-jadi

Bila aku toleh kanan dan kiri
Ada geng di buai mimpi
Apa dah jadi, apa dah jadi
Faham tak faham aku tak rugi

Cikgu ajar makin laju
Gopoh gapah terburu-buru
Otakku dah naik beku
Sampai jadi haru-biru

Mulut cikgu berbuih-buih
Sampai seluruh badan naik letih
Muka pun naik sedih
Kepala mula berpusing-pusing macam gasing

Cikgu ajar macam motorbot
Kadangkala macam robot
Walaupun suaranya lembut
Telingaku hampir nak tercabut

Cikgu..cakap, cakap, cakapp!
Aku..menguap, menguap!

Namun begitu........
Akanku cuba lakukan sesuatu
Akanku ubah keadaanku
Daripada melayu beku
Kepada melayu baru
Itulah cita-citaku
Maju..bangsaku terus maju











Nota : memang tak minat matematik sejak belajar kat matrik
          nihh..tapi bagi orang lain matematik is de best subject..
          akanku cuba minat sampai tergila-gila..huhhuuhu

Monday, 27 June 2011

24434..

Tanpa tiang, rumahku roboh,
Tanpa solat,
Duniaku hancur!

 Subuh,
Tertinggal? Kenapa?
Tertidur atau
Terdengar bisikan syaitan
Mata yang celik
Dipejam kembali.

Zohor,
Baru balik kuliah,
Penatlah..
Itulah, inilah,
Macam-macam ada,

Asar,
Banyak kerja nak buat,
Nanti tak sempat,
Kejap lagilah solat,
Lepas bola di rembat..

Maghrib,
Kejaplah, awal lagi
Nak tengok tv dulu,
Macam-macam alasan diberikan.

Isyak,
Mengantuklah pulak,
Esok kena bangun awal,
So,
Kira halal la..

Insaflah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Amalan yang kita lakukan didunia inilah bekalan kita di akhirat kelak..bukan lagi harta benda dan wang yang diagung-agungkan di dunia..

Nota : Peringatan untuk saya dan anda semua...peace.. ^_^

Wednesday, 22 June 2011

Ayah Anak vs Cikgu Murid-Murid

Jika sudah membaca babak yang lepas..si ayah yang berjumpa dengan rakannya sebenarnya adalah cikgu garang yang mengajar murid-murid yang bijak pandai itu..kesinambungannya scene...

Cikgu : (senyap tak mampu berkata-kata)
Ayah : Apacam..awat ang diam ja nie..
Cikgu : (layan jela).."De bat" (the hebat) tol la kau nih..
Ayah : Bila masa aku berdebat dengan kau..ak cuma cakap orang
          putih ja..
Cikgu : ( aikk.. aku pulak yang kena)..Ermm."de best" la kau nie..
Ayah : Hihi.."De ter De ma De ka De cik.." ( terima kasih..cikgu)
Cikgu : Huh..termerdeka??..wey..ang taw dak negara kita bukan
            termerdeka sendiri..sebab tokoh-tokoh perjuangan
            negara kita la kita merdeka tau..
Ayah : Ehhh..aku tahulah..takkan ang baru taw kot..ish3
Cikgu : 0kehh2..apa-apa jala (malas da nak layan)

Setelah agak lama mereka berbual..si ayah sebenarnya ingin memohon pertolongan beliau supaya memberi pekerjaan kepada anaknya yang telah tamat pengajian itu sebagai guru sementara sementelah mendapat pekerjaan tetap..dan cikgu garang itu sedia membantu memandangkan si ayah telah banyak membantu beliau suatu ketika dahulu..Pada kemudian hari, Si Anak pun diterima bekerja di sekolah dan diberi tugas mengajar kelas murid-murid. Tiba di kelas murid-murid, Si Anak pon memperkenalkan dirinya dan meminta mereka juga memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

 
        Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti, saya ingin jadi juruterbang. Jadi
bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya.

       Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?" tanya Si Anak.

       Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi, berdiri dan berkata "nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel.

      "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?"

       Seman berdiri dan berkata " saya Seman Bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya"..!!

Tuesday, 21 June 2011

Mudahnya Bahasa Inggeris..

Seorang anak baru sahaja tamat pengajiannya di luar negara. Setelah pulang ke Malaysia, ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa Inggeris walaupun dia sendiri tidak tahu berbahasa Inggeris. Dia pun mula bertanya kepada anaknya.

Ayah : "Buku dalam BI apa?"
Anak :  " De buk " (the book)
Ayah : " Pena dalam BI apa?"
Anak : " De pen " (the pen)

Lantas ayahnya berfikir bahawa BI adalah senang. Setiap benda dalam BM bila terjemah ke BI mesti ade 'De' dan perkataan berikutnya dipendekkan. Keesokan harinya, ayahnya bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.


Ayah : "Aku dah boleh cakap orang putih la".
Rakan : "Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing besar  makan rumput' dalam bahasa orang putih.
Ayah : "De kam De Be De Mak De Rum"
Rakan : (senyap tak mampu berkata-kata)


Nota : Bestnya kalau bahasa Inggeris macam nih...kih3

Monday, 20 June 2011

Meh baca..

TIDAK FAHAM..
Kelas yang tadi bercempera tiada cikgu, kini menjadi senyap sunyi. Guru yang paling di geruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid : Selamat pagi cikgu
Cikgu : (menengking). Mengapa selamat pagi sahaja?! Petang dan malam tak doakan saya tak selamat?
Murid-murid :  Selamat pagi, petang dan malam cikgu.
Cikgu : Panjang sangat ! Tak pernah dibuat orang. Kata selamat
           sejahtera. Senang dan penuh bermakna. Lagipun
           ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan
Murid-murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk. Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu
            nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
            Bila cikgu nak uji kamu semua tentang perkatan berlawan
            dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu faham?
Murid-murid : Faham, cikgu!
Cikgu : saya tak mahu ada apa-apa gangguan
Murid-murid : (senyap)
Cikgu : Pandai !
Murid-murid : Bodoh !
Cikgu : Tinggi !
Murid-murid : Rendah !
Cikgu : Jauh !
Murid-murid : Dekat !
Cikgu : Salah !
Murid-murid : Betul !
Cikgu : Bodoh !
Murid-murid : Pandai !
Cikgu : Bukan !
Murid-murid : Ya !
Cikgu : Oh Tuhan !
Murid-murid : Oh hamba !
Cikgu : Dengar ini !
Murid-murid : Dengar itu !
Cikgu : Diam !
Murid-murid : Bising !
Cikgu : Mati aku !
Murid-murid : Hidup kami !
Cikgu : Rotan baru tau !
Murid-murid : Akar lama tak tau !
Cikgu : Malas aku ajar kamu !
Murid-murid : Rajin kami belajar cikgu !
Cikgu : Kamu gila !
Murid-murid : Kami siuman !
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu bodoh sangat!
Murid-murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan !
Murid-murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar !
Murid-murid : Cukup ajar !
Cikgu : Habis aku !
Murid-murid : Kekal kami !
Cikgu : O.K pelajaran sudah habis !
Murid-murid : K.O pelajaran belum bermula !
Cikgu : Sudah la tu !
Murid-murid : Belum la tu !
Cikgu : Berdiri !
Murid-murid : Duduk !
Cikgu : Jangan la macam ni !
Murid-murid : Boleh la macam tu !
Cikgu : Parah !
Murid-murid : Baik !
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini !
Murid-murid :Dilepaskan tengah malam tu !
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar )

       Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Bagaimanapun, mereka bangga kerana telah mendapat jawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti datang lagi.

Saturday, 18 June 2011

Daddy bapa papa ayah abah..mne satu??

Hai..hai..hai..oppps..assalamualaikum pembuka bicara...esok hari bapa kan...hrmm kalau la tak disebabkan terjah blog orang lain..mana la den nak taw...xpasti sebab takda tarikh tetap kan..maaf kalau den silap..msti kena wish nie kat my dad..segan nak wish face-to-face ekceli..but yang tu lain kira...ayah tetap ayah bukan orang lain kan..ehhh i panggil ayah saya ayah..anda paham..hihi...dalam fon save daddy..okehh la tuh..korang?? Cakap pasal ayah nie..my ayah is the best la..xda ayah sapalah kita..xda mak xdalah kita kat dunia ni...kalau nak cita segala pengorbanan ayah memang tak terkata..terima kasih ayah..jasamu akanku balas..love him very very much..nobody can replace him..

                         apacam..gantang tak ayah i

         zoom dekat sikit....encemnya..ayah sapa la nie..hehe

my dad with my mum..sweet couple tak..nak tahu my mum sorang penyanyi terkenal dahulu...hihi tipu aje..i  said that bec0z...my mum names Saloma..


                                   Mokhtar bin Awang
                       gambar terkini ayah i..still hensemm..
                            
Kesimpulannya...hargailah ibubapa kita sementara mereka masih hidup di dalam dunia ini..selalu saya ingatkan pada diri saya juga supaya menjadi anak yang berguna dan sentiasa dahulukan mereka jika berlaku sesuatu ape pon..okehhh..sekian saje..tata

nota:  Lama tak snap photo dengan ayah and mak...kena lakukan
         sesuatu nihh..kih3

Thursday, 16 June 2011

~Thanx Iza

Salam 1 blogger...pagi2 buka blog terus nampak nih..tuan blognya nama Iza
 Thank u very much Iza...sebab awak saya dapat dinobatkan lagi jadi follower ke 100..meh saya combine yang pertama punya
                 Dua-dua award sama cantik and lawa..love it
Lastly but not least..kena introduce gak tuan blog kepada 100th follower yang kedua ini..
                             http://izaliza.blogspot.com/             
Takpekan iza kalau i letak gambar awak kat blog i nihh...
Silalah melawat blog beliau and menambahkan lagi followernya okehh..really appreciate it thank you again..