Thursday, 25 August 2011

Pelarian..

Ku ingin lari,
Lari dari penderitaan diri,
Lari dari kesusahan diri,
Lari dari diriku sendiri,
Lari dari dosaku sendiri,
Lari dari masalah sendiri,
Lari dari kebodohan diri,
Lari dari kekalahan diri,
Lari dari penyelesaian diri,
Tapi yang pasti....
Aku akan lari dan terus berlari..huhu

p/s : Terima kasih ampa berlari, jalan, golek, singgah dan jenguk 
        sini..hehe..^^

Sunday, 21 August 2011

Golden Rules For Living..

If you open it, close it.
If you turn it on, turn it off.
If you unlock, lock it up.
If you break it, admit it
If you borrow it, return it.
If you can't fix it, call in someone who can.
If you borrow it, return it.
If you value it, take care of it.
If you make a mess, clean it up.
If you move it, put it back.
If it belong to someone else, and you want to use it
Get permission..
If you don't know how to operate it, leave it alone.
If it's none of your business, don't ask questions.
If it will brighten someone's day, say it..
If it will tarnish someone reputation
keep it to yourself....
get that?..


Wednesday, 17 August 2011

Baham Harimau..

Pak Pandir : Selamat pagi tuan
Polis : Selamat pagi..Apahal?
Pak Pandir : Saya nak buat aduan tuan.
Polis : Pasal apa?
Pak Pandir : Kawan saya dibaham harimau.
Polis : Pukul berapa?
Pak Pandir : Dia tak pukul, dia terkam.
Polis : Habis?
Pak Pandir : Tak habis, tinggal kepala!!
   
   ***********************************
p/s : Korang penah tak lain yang ditanya lain korang
        menjawabnya..*tipu kalo xpenah..huhu
           
      
     

Saturday, 13 August 2011

Bihun vs Mee...

Bihun sangat cemburukan mee walaupun duduk di rak bersebelahan di supermarket. Mereka tidak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum. "Dasar si kuning gemuk...ingat orang suka sangatlah tu!"

Hari hari berlalu... Namun mee buat tak tahu saja dengan segala karenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. Bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun..rak spaghetti. Bihun rasa marah dan berteriak, " Hoi si kuning gemuk! Jangan fikir kau buat teknik rebonding camtu, aku tak kenal kau!!

                                                                   
                                           
                                                                                                

Tuesday, 9 August 2011

Abangku pon nak masuk U juga..

       Salam ramadhan semua..hari ni rasa nak berkongsi satu cita pada korang..seperti mane telah maklum pada entry yang lepas, saya akan melangkah masok ke universiti..tak beberapa lama je lagi..nak rase raya pon sekejab je...preparation suma pon dah siap..tinggai nak kemas beg and berlepas ke destinasi je..
      Tapi saya yang nak masuk, abang pon nak ikut juga...hisshh..dia memang xpuas belajar..seronok sangat belajar ni dia kata..baru je tamat degree bulan 4 lepas da nak masok U lagi tuk sambung master pulak..For now, saya lepak umah dia keja..jadi cikgu sementara..teringin nak tengok gaya dia ajar dalam kelas...mestiku tersengih sorang2..haha

                               Ammar Husaini Mokhtar
  
      Apepon, tahniah la for my brader sebab dapat sambung master..tak sangka dia dapat sambung..kalau saya entah dapat sambung ke tak macam abang..saya daftar 6 sept nih di UMT..while dia 7 sept di UUM...nasib baik dia bole pegi sendiri sbb xjaoh sangat dari rumah..lelah mak ayahku kalo nak kena antar dia pulak...adeii kesian mak ayahku kena spent duit tuk kami berdua..

p/s : kena kumpul banyak2 duit raya ..^^

Friday, 5 August 2011

Mensyukuri Nikmat..

Rugi bagi orang yang buta, tiada dapat melihat kebaikan( alam)
     Untungnya tiada melihat kemaksiatan..

Rugi bagi orang yang bisu, tiada dapat memuji Ilahi 
     Untungnya tiada mengumpat keji..

Rugi bagi yang pekak tiada dapat mendengar puji-pujianNya
    Untungnya tiada dapat mendengar unsur-unsur kejahatan..

Lebih rugi lagi bagi yang melihat, mendengar dan
boleh berkata-kata...
Jikalau tiada mensyukuri nikmatNya

Nota : Bersyukur apa yang telah diberiNya kepada hamba ini..

Sunday, 31 July 2011

Mutiara Kata..

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima 
dan meminta nasihat
-Umar Al-Khattab-

************
Sesungguhnya kesederhanaan yang lebih utama ialah 
ketika kaya dan kemaafan
 yang lebih utama ialah ketika berkuasa
-Umar Bin Abdul Aziz-

******************
Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu 
keputusan atau tindakan sampai
 bila-bila pun tidak akan menjadi orang yang berani
-Saiyidina Ali Bin Abi Talib-

***********
Sebutir permata tidak akan berkilat tanpa digosok,
begitu juga dengan seorang manusia yang tidak akan sempurna 
tiada ujian kehidupan.
-Peribahasa Cina-

*****************
Pujian asas terhadap seseorang itu adalah terletak pada 
keupayaannya untuk menerima
 kekalahan teruk dengan air muka yang manis seperti
menerima kemenangan cemerlang dahulu.
-Tunku Abdul Rahman Putra-

************
Pelajaran ialah suatu pelaburan modal yang amat mustahak 
untuk membina sesuatu masyarakat dan
  kemudahan pelajaran menjadi jaminan untuk ke arah
perubahan pemikiran, bentuk dan
 masyarakat kita, sama ada di kampung mahupun di bandar
-Tunku Abduk Razak-

******************
Apabila kita tidak sabar dengan apa yang kita sukai,
maka bagaimana kita akan sabar
atas apa yang kita tidak sukai?
-Abu Sulaiman Ad-Darani-


P/s : Kepada anda, anda dan anda..
         Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan
         ini...(^^,)